kupu2 Pictures, Images and Photos

Monday, April 5

SuRaT SaYanG DaRi AllaH SWT

Saat kau bangun pagi hari,
AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU,
atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah,
yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja,
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu.
AKU berfikir engkau akan
berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan tengah hari AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU,
itulah sebabnya
mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum makan rezeki yang AKU berikan,
tetapi engkau tidak melakukannya .......

masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU,
meskipun saat engkau pulang kerumah
kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu letih.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU, kau sebut.
Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari.
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah
kata, doa, fikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya, engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih
bahwa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKU ......

Tapi yang KU tunggu,
tak kunjung tiba, tak juga kau menyapaKU.
Subuh, Dzuhur , Asar, Maghrib,Isya' dan Subuh kembali,
kau masih mengacuhkan AKU.....
tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.........

Apa salah KU padamu wahai hambaKU,
Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KU rahmatkan,
apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU.

Percayalah AKU selalu mengasihimu dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU,
memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU
Yang selalu bersamamu setiap saat ........

By>>Srikandi Maya

KoNvO KaLi kE-4

Asalammualaikum....semalam saya,kak zu,saba dan ecah agak sibuk sedikit.Kami bertugas sebagai AJK konvo untuk bahagian pengambilan dan pemulangan jubah..huhuhu.Penatnye semalam coz kami sendiri angkat jubah dari bilik jubah ke bilik kuliah.Tapi pe2 pun time kasih pada En.Lan dan Pn.Norul yang banyak membantu.Semasa kami nak turun tangga untuk hantar jubah ke bilik kuliah semalam ada jugak 2 orang abang 'kamera' datang membantu...syukran ye..hihi.Kalau mereka x membantu rasenye saya dah tertimbun atas jubah2 tu...^_^.Kepada mereka yang konvo semalam,tahniah diucapkan..kami bakal mnyusuri anda..insyaAllah.Saya mohon maaf kepada kawan2 yang kol dan mesej saya semalam coz saya x dapat melayan anda..huhu.Saya dan sahibah-sahibah bertugas dari pagi smpai petang.Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar...pe2 pn kami seronok coz dapat membantu mereka yang konvo semalam..^_~




Sunday, April 4

HiJaU ItU iNdAh DaN TeNaNg ^_^



ke kiri ke kanan

helaianmu lembut

sahut-menyahut

sang angin menghembus


kau diwarnai dengan

warna ketenangan

warna kedamaian

penyejuk hati setiap insan


wahai rumput hijau

kau memberi ketenangan

kepada sang pencari ilham


by>> sumber pencari ilham...

Assalamualaikum... tiba-tiba rasa macam nak share sesuatu dengan anda yang meminati warna hijau...hihi.Saya adalah salah seorang mereka2 yang minat warna hijau..tapi saya x de la fanatik dengan warna ni.Saya ske warna hijau coz ia adalah warna kesukaan Rasulullah SAW...baginda yang amat saya rindui..hikhik. Selain tu,warna hijau ni kalau diperhatikan ia tenang, damai...ske la.Tapi x smua barang saya suka warna hijau...baru-baru ni saya tempah mini tasbih pada adik saya warna hijau..hihihi..suke2..=) syukran cah, maaflah coz telah susahkn awak untuk cari gak butang hijau...hehehe..Kalau kite perhatikan keindahan alam ciptaan Tuhan seperti sawah padi,pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan..sejuk je mata memandang..huhuhu..tenang fikiran n rase lapang je.Semua nikmat ni dtg dari Allah jua..^_^














BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN

Solat atau sembahyang itu, Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. Ia bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat hebat. Kita akan dapat merasakan bahawa Tuhan itu hebat. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan bagaimana wujud-Nya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kekuasaan-Nya. Terasa oleh kita akan kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya.
Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati.

By>>ikhwantoday

RiAdaH bErSaMa SaHiBah-sAhiBah

Alhamdulillah...Allah masih memberi saya nikmat untuk menyedut udara yang segar hari ini..terima kasih Tuhan..
Hmm..riadah bersama sohabi diwaktu lapang adalah kesukaan saya..selain dapat mengeratkan ukhwah bersama mereka,saya juga dapat merehatkan minda dari tekanan dan sebagainya..
Antara aktiviti yang kami lakukan bersama adalah bermain badminton, jalan-jalan tepi tasik, membuat halaqah(biasanya usrah bersama kak Mar), makan berjemaah, berbincang dan bertukar-tukar fikiran untuk saling menguatkan antara satu sama lain.. Sesungguhnye berjemaah itu rahmat dan berpecah itu azab. Semoga ukhwah yang terjalin antara saya dan mereka diberkati oleh Allah..amin..^_^



























Saturday, April 3

RaHmAT DaN NiKmAT ALLaH YaNg TeRsEmBunYi


Ramai umat Islam merasakan rahmat
dan nikmat Tuhan itu kesihatan badan,
Diberi murah rezeki, dianugerahkan anak,
mendapat pangkat tinggi,
Rumah besar, banyak harta,
kereta mewah dan canggih,
Padahal nikmat yang disebutkan
belum boleh menyelamatkan kita,
Adakalanya ia merosak dan dan membinasakan kita,
Kalau tidak di dunia, ia akan berlaku di Akhirat,
Tapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi,
Setengah orang tidak sedar bahawa itu
adalah rahmat dan nikmat,
Rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi itu
banyak pula,
Di antaranya kalau kita berdosa diingatkan
agar kita bertaubat dan bersedih dengan dosa,
Di waktu kita lalai dengan-Nya disedarkan kita,
Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf,
Adakalanya kesusahan itu untuk darjat dan pangkat,
Selalu sahaja kita mengingati Dia,
Dimasukkan di dalam hati kita sentiasa takut
kepada-Nya,
Di samping itu rasa cinta kepada-Nya selalu ada,
Digemarkan kita membuat kebaikan
dan dibencikan kita dengan kejahatan,
Dijadikan kita boleh berlemah lembut dengan orang,
Boleh meminta maaf dan boleh memberi maaf,
Boleh beristiqamah dengan kebaikan,
Inilah di antara rahmat dan nikmat Tuhan
yang tersembunyi,
Kalau hendak bersyukur, bersyukur kerana
itulah yang lebih utama,
Kerana rahmat dan nikmat yang tersembunyi itu
jarang orang dapat,
Tidak seperti rahmat dan nikmat di atas tadi,
Oleh itu pandai-pandailah menilai rahmat
dan nikmat,
Agar syukur kita lebih sempurna dan tepat.


By>>ASZ

PerKahWinaN DgN MaUt....

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka