kupu2 Pictures, Images and Photos

Wednesday, May 12

TiP BerSiFat TaWaDuk

MUJAHADAH
Penyerahan yang bersungguh dalam menyingkirkan hawa nafsu dan syahwat. Kewajipan setiap yang beriman mengamalkan perinsip mujahadah dengan berusaha bersungguh membebaskan diri dari mengikut kehendak hawa nafsu yang mengarahkan kepada keburukan dan kejahatan.


MURAQABAH
Keadaan seseorang meyakini bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan mengawasi dirinya. Ini merupakan cara terbaik bagi seseorang beriman yang ingin mengawal dirinya agar terus berada pada garis taat,syukur dan jangan sampai membawa kepada maksiat seperti riak,kufur,dengki dan sebagainya.


TAUBAT
Menghentikan segala perbuatan dosa dan menyesali serta bertekad tidak akan mengulanginya lagi buat selama-lamanya.


TAWADHUK
Menunaikan hak Allah dengan bersungguh taat dan menghayati sifat kehambaan kepada Allah serta tanpa menganggap dirinya tinggi atau dengan kata lain adalah merendah diri dan merasa diri hanya hamba yang kerdil.


IKHLAS
Mengerjakan ibadah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.Ikhlas juga menjadi titik penentu diterima atau ditolak segala amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang.

Monday, May 3

LuaHan HaTikU & CinTakU BuaT Mu...n_n

Segala puji dan pujian hanya untuk Mu Tuhan semesta alam...

Setiap yang pahit itu aku jadikan sebagai pelajaran paling berharga dalam hidupku
Bukanlah mudah untuk
ku mengorak langkahku menerokai rimba dunia yang penuh tipu daya ini
Setiap kali ujian menjelma ku rasakan itulah hiburan dan kasih sayang Tuhan kepadaku
Apabila ku mendapat nikmat dari Allah,aku bersyukur dan malu kepadaNya
Ku rasakan aku tidak layak menerima nikmatNya kerana dosaku yang menggunung tinggi
Apabila ku hayati dan fikirkan kebesaran dan kekuasaanNya,ku tunduk lemah..kerana ku rasakan begitu kerdil dibumi Nya
Apabila aku bergaul dengan ramai
orang...aku banyak muhasabah diriku
Apabila aku bangun dari tidur,aku bersyukur kepada Nya dan aku pasangkan niat untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Nya
Walaupun aku tahu...aku sering gagal ketika bermujahadah memperjuangkannya
Apabila aku melihat dunia pada hari ini....aku terfikir bilakah kematian ku akan tiba..
Sesungguhnya ku merindui kepulangan yang a
badi untuk bertemu kekasih agungku...ALLAH SWT...


Tuhan
Kekasih Agung ku
Ku luahkan rasa cintaku kepada Mu
Biarpun aku masih belum istiqamah mencintai dan merindui Mu
Tapi aku akan tetap terus berusaha untuk mencintai Mu sepenuh jiwaku
Lemah terasa apabila hatiku jauh dari Mu
Rindu ku rasa untuk mendambakan keredhaan Mu
Tuhan
Engkaulah yang mencipta hatiku
Dengarlah rintihanku yang mendambakan kasih sayang Mu Tuhan
Ajarkan aku dalam aku bertindak agar seluruh tindak-tandukku Engkau redhai
Ya Allah
Setiap nikmat yang Engkau berikan mengajarku rasa bersyukur
Setiap ujian yang Engkau datangkan melatihku rasa bersabar
Bantulah aku bermujahadah kerana aku hanya hamba Mu yang lemah
Tidak aku mampu untuk terus berdiri di bumi Mu ini sendirian
Tanpa kekuatan,rahmat dan kasih sayang Mu Tuhan
Kasihanilah aku wahai Tuhan
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Aku yakin setiap apa yang Engkau aturkan dalam hidupku pasti ada hikmahnya dan itulah yang terbaik untukku
Jangan lah Engkau sia-siakan keyakinan ku ini...oh...Tuhan...