Di sebuah masjid di Kampung Damai, walau jemaah telah bersurai, Pak Imam belum juga bergerak dari tempat duduknya. Pak Harun dengan perasaan ingin tahu mendekati Pak Imam lalu bertanya..
"Mengapa Pak Imam tadi terisak-isak sewaktu berdoa dan kelihatan bersedih sangat? Apakah yang sedang menyusahkan hati Pak Imam?"
"Saya takut.." jawab Pak Imam.
"Mengapa takut ?" kata Pak Harun kehairanan.
"Saya takut dipukul warga kampung," jelas Pak Imam.
"Tak mungkin orang kampung berani pukul Pak Imam.Orang kenal Pak Imam orang yang baik," kata Pak Harun yang belum juga faham maksud kata-kata Pak Imam itu.
"Maksud saya, saya takut dipukul nanti oleh warga kampung akhirat iaitu para malaikat, kerana susahnya hendak dapat khusyuk dalam sembahyang."
Pak Harun termenung mendengarnya, "Kalau Pak Imam begitu cemas tentang dirinya, sepatutnya aku lebih cemas lagi tentang sembahyangku.Ya Allah ampunkanlah aku, janganlah Engkau laknat aku kerana kelalaianku dalam sembahyang."
by...asoib
No comments:
Post a Comment