kupu2 Pictures, Images and Photos

Saturday, April 3

RaHmAT DaN NiKmAT ALLaH YaNg TeRsEmBunYi


Ramai umat Islam merasakan rahmat
dan nikmat Tuhan itu kesihatan badan,
Diberi murah rezeki, dianugerahkan anak,
mendapat pangkat tinggi,
Rumah besar, banyak harta,
kereta mewah dan canggih,
Padahal nikmat yang disebutkan
belum boleh menyelamatkan kita,
Adakalanya ia merosak dan dan membinasakan kita,
Kalau tidak di dunia, ia akan berlaku di Akhirat,
Tapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi,
Setengah orang tidak sedar bahawa itu
adalah rahmat dan nikmat,
Rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi itu
banyak pula,
Di antaranya kalau kita berdosa diingatkan
agar kita bertaubat dan bersedih dengan dosa,
Di waktu kita lalai dengan-Nya disedarkan kita,
Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf,
Adakalanya kesusahan itu untuk darjat dan pangkat,
Selalu sahaja kita mengingati Dia,
Dimasukkan di dalam hati kita sentiasa takut
kepada-Nya,
Di samping itu rasa cinta kepada-Nya selalu ada,
Digemarkan kita membuat kebaikan
dan dibencikan kita dengan kejahatan,
Dijadikan kita boleh berlemah lembut dengan orang,
Boleh meminta maaf dan boleh memberi maaf,
Boleh beristiqamah dengan kebaikan,
Inilah di antara rahmat dan nikmat Tuhan
yang tersembunyi,
Kalau hendak bersyukur, bersyukur kerana
itulah yang lebih utama,
Kerana rahmat dan nikmat yang tersembunyi itu
jarang orang dapat,
Tidak seperti rahmat dan nikmat di atas tadi,
Oleh itu pandai-pandailah menilai rahmat
dan nikmat,
Agar syukur kita lebih sempurna dan tepat.


By>>ASZ

No comments:

Post a Comment