Monday, September 6

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah swt yg Maha Baik krn dengan izinnya dapat jugak saya update blog.Selawat dan salam buat pemimpin agung yg amat dirindui Rasulullah saw.Sebenarnya malam ni saya ada sedikit perkongsian yang saya dapat dari beberapa sumber..semoga ada manfaatnya untuk kita dan mereka yang berfikir...



sumber dari: http://aulakalimah.blogspot.com

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y


Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.




Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: 'Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka' (2:120).

http://hasizu.blogspot.com

Wallahualam..renung2kan dan fikir2kan...
jazakallah..

Friday, August 13

Didikan Tuhan Dalam Solat

Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu membaiki diri. Membaiki diri di sini bukan setakat membaiki yang lahir tetapi yang batin. Memperbaiki diri batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis-najis dan kekotoran-kekotoran yang bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal, pada hati dan pada nafsu.

Najis akal ialah kesyirikan dan men’syarikat’kan Tuhan dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terus terhadap-Nya. Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada fahaman dan ideologi ciptaan manusia. Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati. Contoh sifat-sifat tersebut adalah seperti riyak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya. Najis nafsu pula ialah segala dorongan yang jahat dan negatif yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan kemurkaan Tuhan.

Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan secara berterusan atau istiqamah, maka sedikit demi sedikit akan terbukalah jalan untuk mengenal diri dan seterusnya untuk mengenal Tuhan. Untuk dapat merasa bertuhan dan merasa kehambaan. Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud di dalam hidup kita, sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa berperanan dan sentiasa mengetahui akan hal kita lahir dan batin.

Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fe’li (perbuatan) dan zikir qalbi (hati). Zikir yang paling agung dan utama sekali ialah solat. Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul. Di dalamnya kita meminta petunjuk, kita meminta ampun, kita mengadu, kita berdailog dan kita bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan Tuhan.

Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah hanya mendidik orang-orang yang tertentu sahaja iaitu orang-orang yang khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam solat. Allah hanya mendidik orang-orang yang membawa fikiran dan hati mereka di dalam solat. Iaitu orang-orang yang faham apa yang mereka perbuat dan faham apa yang mereka lafazkan.

Orang-orang yang dapat menjiwai, menghayati dan merasakan di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam solat. Bermula dari takbiratul ihram, (Allahu Akbar), jika difahami dan dihayati dengan bersungguh-sungguh, maka akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di hati. ‘Allahu Akbar’ dalam takbir itu bererti ‘Allah Maha Besar’. Ia merangkumkan segala sifat-sifat Allah yang hebat-hebat seperti sifat Jabbar, Qahhar, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Berkuasa, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan yang apabila Dia berkata, “Jadi” maka jadilah sesuatu itu. Maka dengan takbir itu hati akan merasa takut, hebat dan gerun dengan Allah. Begitulah Allah mendidik kita. Apabila kita merasa takut dengan Allah, maka mudahlah kita menghindarkan diri daripada membuat dosa dan kemungkaran dan segala apa yang Allah larang. Kita sentiasa takut akan tersisih dari rahmat keampunan dan kasih sayang Tuhan.

Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah campakkan ke dalam hati orang-orang yang mendirikan solat, maka akan lahirlah hamba-hamba Allah yang sentiasa takut dan hanya akan berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran dan dosa. Tidak ada dorongan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan yang lain. Oleh itu Allah SWT syariatkan juga dalam solat supaya dibaca Basmalah iaitu Bismillahirrahma nirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) terutama pada awal Surah Al Fatihah. Di dalam mazhab Syafie, Basmalah ini merupakan sebahagian daripada ayat Al Fatihah yang tujuh dan wajib dibaca dalam sembahyang.

Kalau Basmalah ini dihayati sungguh-sungguh, kita akan dapat merasakan betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan yang sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatnya kepada manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material, mahupun yang berbentuk maknawi atau spiritual. Dengan ini akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini akan mendorong kita berbakti dan membuat kebaikan untuk Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan kasih sayang-Nya. Kemudian, pada ayat kedua surah Al Fatihah, kita disyariatkan membaca Alhamdulillah hirrabil alamin (segala pujian bagi Allah pencipta sekalian alam). Di sini kita memuji Tuhan sebagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala rahmat, nikmat dan kebaikan yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.

Jadi kita lihat, di dalam solat itu terkandung berbagai didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling kait-mengait dan kuat-menguatkan. Solat itu ibarat satu siri atau satu set atau satu modul didikan rohaniah yang lengkap dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu terdidik dan terbina sebagai seorang insan yang seimbang dan kukuh lahir batinnya. Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada Tuhan, berbagai-bagai lagi didikan terdapat di dalam solat.

Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dan menajamkan lagi sifat-sifat hamba yang ada pada kita. Ia akan menambah pergantungan, menaruh harap dan penyerahan diri kita kepada Allah. Mengadu-ngadu kepada Tuhan di dalam solat pula akan melapangkan dada seseorang hamba kerana telah menyerahkan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan.

Begitulah caranya Allah mendidik hamba-hamba-Nya yang ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam mendirikan solat dengan berbagai didikan yang bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam.


ASZ

UNtuKmu..


Alhamdulillah...Allah masih mngurniakan nikmat sihat kepada ku untuk terus mengabdikan diri kepada Nya dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa di siang hari.Selawat dan salam buat baginda yang amat saya rindui Rasulullah saw...InsyaAllah ada sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama anda.InsyaAllah saya mendapat sumber ini dari blog seorang sahabat.Semoga kita sama2 dapat manfaatnya...n_n


Hari ini aku pergi,.. Meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak-anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan…

Hari ini aku pergi,..
Untuk menyukakan hati seorang yang telah mengorbankan
Seluruh hidupnya demi kebahagiaan kita hari ini..
Sehingga kamu dan aku dipertemukan dalam keadaan islam

Hari ini aku pergi,..
Untuk merawati lukanya..
Sayyidul Anbiya. MUHAMMAD S.A,W
Kerana lautan maksiat yang dilakukan oleh…
Ribuan orang yang mengaku dirinya Ummat.

Justeru itu… wahai isteriku!!
Aku harus melangkah meninggalkanmu..
Untuk datang kepada Dzat yang memiliki hatimu
Hingga berseminya cinta antara kita..

Aku harus tinggalkan kamu..
Bukanlah kerana aku tak menyayangimu,
Tatapi ketahuilah.. ada mata yang tak pernah mengantuk
sedang mengawasi cinta kita
Nanti ada tangan yang akan pukul kita
Seandainya cinta kita melebihi cinta kepadanya.

Jika Esok..
Engkau bangun dari tidurmu,..
Aku tiada di sisimu lagi,
Maka…Teruslah bertasbih!!
“Alhamdulillah!!…”

Kerana apa?
Tatkala Ummul Mukminin Hazrat Aishah R.ha
Merasai aman,senang hidup bersama kekasih Allah S.W.T
Maka Rasulullah S.A.W sabdakan kepadanya:
“Bahawasanya orang yang paling bahagia adalah
wanita yang suaminya keluar di jalan Allah S.W.T,
Kerana….
Dia bukan hidup dengan kekasih Allah S.W.T,
Tetapi dia hidup bersama Allah S.W.T!!!”

Jika Esok..
Kamu lihat kamar kita sepi.
Tiada gurau senda seperti hari sebelumya…
Bayangkanlah olehmu keadaan rumah-rumah Sahabiah!!
Suami mereka sering keluar membawa pedang,
kadang-kadang tiada Khabar,
cuma yang ada hanya kubur..
tetapi apa yang mereka katakan:
“Biarlah rumah kami ini sepi,
Asalkan rumah-rumah di seluruh Alam penuh dengan cahaya iman”

Jika esok.... Tiada lagi tangan yang menyuap makanan kemulutmu
Seperti yang biasa ku lakukan terhadapmu..
Engkau yakinlah wahai Isteriku,..
Bahawa Allah akan memberi suapan kepadamu
70 hidangan yang mana setiap hidangan memiliki 70 rasa
Di dalam jannah,yang takan jadi buangan yang jijik
Bahkan..
Ia akan mengeluarkan keringat melebihi harum kasturi

Jika Esok…
Musibah,ujian dan sejuta kesusahan datang
kepadamu tanpa aku disisimu,
segeralah lihat hatimu!!
Kemanakah kamu berlari?
Saat itu Allah S.W.T ingin lihat Hatimu
Yang mana selama ini bergantung kepadaku.
Segeralah kau berwudhu, dirikanlah Solah..!!!
Adukanlah urusanmu kepada Robb mu.
Nescaya dia akan membahagiakanmu di dunia yang sementara ini
Bahkan dalam kehidupan Akhirat yang kekal selamanya.

Jika saat itu…
Kau cari pertolongan pada kebendaan
Nescaya kegagalan telah menanti dalam hidupmu
Kamu akan derita selamanya..
Ketahuilah!!...
“masalah selesai atau masalah tidak selesai bukanlah maksud,
Tetapi sejauhmana kebergantungan kamu kepada Allah S.W.T
Itulah akan memberi kejayaan kepadamu”


Dalam kesenangan ada penderitaan..
Dan kesudahan dari penderitaan itu tersembunyinya
Kebahagiaan…
Sama ada kamu berada dalam kesenangan atau kesusahan
Tetaplah mengingati Allah S.W.T..
Jangan kamu bangga seandainya kamu memiliki seluruh dunia
Tetapi kamu kehilangan Allah S.W.T,maka itulah kerugian yang besar




Sekalipun kau berhasil menjaring Jibril A.S
dengan jaring yang Kau buat
dan kau bisa memerintah sekehendak hatimu
itupun bukanlah kejayaan
seandainya hari-harimu kehilangan Allah S.W.T
“orang yang kehilangan Allah S.W.T yakinlah bahawa ia kehilangan segalanya”

Jika Esok…
Kau terpandang rumah jiran kita
Suara tawa,keceriaan terdengar dari sudut rumah itu
Kerana suami mereka sentiasa ada di rumah
Tidak keluar khuruj di jalan Allah seperti aku
Janganlah hendaknya kamu mencemburui mereka..
Bahkan seharusnya kamu kasihan kepada mereka kerana
Mereka sedang membina tangisan dan permusuhan yang hebat
Di rumah mereka sendiri.,


Ketahuilah!!!
Bahawa setiap orang yang membangun rumahnya di dunia
Sebenarnya…
Telah membangun tempat untuk menangis
Di rumah itu akan datang malaikat maut
Mencabut satu persatu nyawa ahli rumah itu
Tanpa ada belas kasihan

Ketahuilah isteriku!!... Setiap amal seorang suami merupakan tabungan buat isterinya
Bayangkan olehmu..
bagaimana jika seorang suami hanya menyibukan diri mencari duit
tanpa memikirkan tabungan akhirat…
adakah buku amal mu akan bertambah?

Oleh itu isteriku…
Aku akan pergi jauh melewati batas negeri
Adalah kerana untuk membina mahligai untuk kita..
Yang penuh dengan pesta-pesta besar di dalamnya

Bagaimana pendapatmu…
Sekiranya seorang ayah meruntuhkan rumahnya
Untuk membina sebuah rumah yang lebih besar dan selesa..
Adakah isteri dan anak-anaknya akan marah?
Tidak… pastinya tidak!!
Bahkan,, mereka akan bertambah sayang padanya.

Isteriku..
Terlihat aku seolah-olah telah menghancurkan rumahtangga kita
Tetapi sebenarnya..
Aku sedang membangun sebuah mahligai sebagai ganti
Rumah kita,..lebih indah!!.. luas!!. Selesa!!...
Yang di bina dari kepingan emas yang jernih seperti kaca.
Sehingga kau bisa melihat aku di mana sahaja di sudut rumah itu.

Kamu akan bersiar-siar di laman rumah itu..
Memetik bunga dan buah yang tak pernah wujud di dunia ini
Ingatlah!! Kalau dihimpunkan seluruh kenikmatan dalam dunia ini
Tiada setandingnya

Lihatlah!!..
apa yang kau kecapi dalam dunia ini…
ketika kau makan buah.. kau terganggu dengan bijinya
ketika kau memetik bunga yang cantik.. jarimu luka kerana durinya
ketika kau berjalan di taman.. ada batu kelikir yang menusuk..

lihatlah ahli Dunia…
bila tugasnya belum selesai…
dia tak akan nyeyak dalam tidurnya
dia tak akan enak dalam makananya..

aku juga demikian..
bagaimana aku harus tenang…
sedang iman kamu dan anak-anak kita belum sempurna
aku takut nanti.. hari dimana bumi akan dibelah
kemudian isi dadanya akan dikeluarkan,
ketika itu Allah berfirman:-
“iman kamu tertolak!!!”

Walaupun kita sudah berhaji,
Bahkan berjuta kebaikan telah dilakukan,
Tiba-tiba!!
Iman kita tertolak.. kerana setitis syirik dalam hati.

Seperti juga seekor ayam..
Ia tak akan masuk ke kandang yang berisi musang..
Allah S.W.T tak ingin di hati hambanya
Ada najis dunia yang mengotori

Ketahuilah!!
Dunia ini bangkai Dan yang mengejarnya adalah Anjing!!..

Itu sebabnya wahai isteriku..
aku harus pergi ke jalan Allah untuk bersihkan hatiku
Membuang segala cinta dunia


Ketahuilah!!..
Kita orang mukmin..
Kita sedang berpuasa dalam hidup ini
Dan kematian adalah hari raya bagi kita
Bahkan orang-orang kafir..
Hidup ini adalah syurga mereka..
Dan kematian adalah puasa buat mereka selamanya..
Mahukah kamu seperti mereka??!!..

Aku tinggalkan kamu
Untuk merubah hari kematian yang menyedihkan..
Menjadi satu hari yang paling indah...
Sebagaimana para kekesih Allah S.W.T
Yang melalui hari itu dengan senyuman..

Ingatlah !!
Maut adalah kenderaan setiap insan menuju kepada Allah S.W.T
Pada saat itu,.. bekalan yang perlu bukan harta atau takhta,
Tetapi iman dan amal soleh..
Sedangkan jalan untuk menyempurnakan iman
adalah dengan korbankan diri dan harta di jalan Allah

percayalah!!..
walaupun zahirnya aku yang maju kehadapan musuh
tetapi… kamulah yang terlebih dahulu di bukakan pintu syuga
oleh Ridwan A.S
kamu akan di andam 500 tahun di depan cermin emas
bahkan kamu akan ditabal menjadi ratu kepada
70 000 para bidadari dan malaikat

Tahukah kamu!!
Bahawa kecantikan bidadari 70 000 kali ganda daripada
Wanita tecantik yang pernah wujud di dunia ini
Sedangkan kecantikanmu adalah 70 kaliganda melebihi
Kecantikan bidadari… subhanAllah!!...
Bagaimana mungkin aku bisa asyik dengan selain darimu?

Hari pertama kita nanti..
Pada pertemuan yang abadi Tiada perpisahan lagi…
Tertawa terus.. tiada tangisan lagi
Sihat teruss.. tiada sakit lagi…
Kaya terus tiada kerisauan akan jatuh miskin..

Saat itu… Kamu sangat mengagumkan ku…
Aku terpaku melihat mu.. 40 tahun…
Bibirku cuba bertanya.. “siapakah kamu?”
Lantas kamu senyum.
Seandainya dalam syurga ada kematian..
Maka kerana senyum mu itu pasti membuat aku mati..

Tidurnya kita pada malam itu..
Laksana pengantin baru di malam pertama..
Malam itu berlalu lamanya 40 tahun..
Dengan tenaga seratus kali yang kita lakukan di dunia dahulu
Allahu.. Qabul Fharmae…

Itulah sebabnya…
Kamu jagan tertipu dengan wanita-wanita dunia..
Kata seorang Ahlullah (hazrat Malik bin Dinar):-
“nilai seorang wanita tercantik dalam dunia ini
Adalah tidak melebihi Dari nilai dua biji kurma sahaja”

Bila mereka itu tak jumpa air beberapa hari
Badan dan rambut mereka akan keluarkan bau yang tak sedap
Maafkan aku,
Kerana aku tak pernah membawamu pergi ke pusat kecantikan
Seperti mereka itu..
Kerana aku sedar tipu daya mereka…
Baju yang kamu pakai pun tak sehebat mereka..
Itupun dari kain yang kasar..
tak selembut sutera yang mereka pakai
bahkan hanya warna yang hitam
menutup wajah manismu…
ketahuilah pakaianmu itu lebih berharga dari seisi dunia

Tidakkah kamu tahu
apakah yang dipakai oleh Raja dunia dan akhirat?
Iaitu para Ummul Mukminin..
Para isteri rasulullah S.A.W kekasih Allah S.W.T

Jangan terpesona dengan perhiasan ahli dunia
Gelang yang mereka pakai untuk perhatian orang lain..
Gelang itu akan dipanaskan..
Kenudian akan ditempelkan ke punggung mereka
Gincu yang mereka pakai menutupi ketuaan mereka
Akan menarik bibir mereka sampai keperut
Rambut mereka yang terjaga rapi untuk di pamerkan Di dunia ini..
Nanti akan disimpul dan diikat menjadi tali gantung
Sedang di bawah,api neraka yang menyala

Tahukah engkau wahai isteriku
Bahawa sehelai rambut wanita yang tampak
Akan disiksa seratus tahun dalam neraka

Hari itu…
Tiada lagi siulan mengagumi mereka
Tiada lagi mata yang mahu menatap mereka
Bahkan..
Tiada seorang suamipun yang mengaku meraka sebagai isteri
Tiada seorang anak pun yang mengaku mereka sebagai ibu

Mereka akan teriak!! Aduh!!.. alangkah baiknya dulu aku berhijab…
Aku telah terfitnah.. bahkan aku telah menyebarkan fitnah.
Aku nampakkan betisku di depan pasar-pasar
Aku hias wajahku di pejabat-pejabat
Aku dengarkan suaraku dikalangan orang ramai
Bahkan aku balas jelingan lelaki yang melihatku
Tanpa segan silu aku melayani percakapan lelaki lain
Selain suami dan muhrimku
Ku biarkan lelaki lain menghidu wangian yang ku pakai

ya Allah!! Ampunkan aku!!..
saat itu mereka bertempik.. “lapar…!!!”
maka dihidangkan mereka zaqquum..
buah yang berduri sebesar kepala syaitan…
mereka terus menelan sehingga sangkut dileher..
Kemudian mereka berteriak Haauusssss!!!...
Maka di berikan Ghisliin…
Cairan nanah bercampur darah yang menggelegak..
Dahsyat benar hausnya..
sehingga terus meneguknya
maka bukan zaqum yang turun ke perut..
tetapi semua isi perut mereka terburai melalui dubur..

“nauzubillahimin zalik”
“ya Allah lindungilah kami daripadanya”

Aku pernah dengar
Ada seorang kaya yang berpakaian mahal…
Ia hadir di satu pesta
Tetapi ia tetap tak bahagia…
Matanya asyik pandang kepada orang sekelilingnya
Hatinya risau…
Takut-takut ada orang lain yang memakai baju lebih mahal darinya

Jika kamu istiqomah memakai purdah
Maka di akhirat Allah sendiri akan menjemputmu
Untuk menghadiri pesta nabi nabi di dalam syurga

Jika telingamu dapat menolak
Muzik-muzik di dunia ini..
Di akhirat nanti kamu akan didengarkan suara Nabi Daud A.S
Membaca kitab Dzabuur..
Dimana sungai pun akan berhenti mengalir untuk mendengar
Kemerduan suaranya..
Kemudian Kau akan dengar
Baginda S.A.W nabi kita akan membacakan surah Yasin dan Thoha
Dan kemuncak kebahagian seluruh penghuni Jannah ialah
Ketika melihat wajah Allah S.W.T ketika itu
Dia sendiri akan memperdengarkan Firman nya “Surah Ar-Rahman”

Itulah sebabnya aku sering menasihatimu
Agar kau menundukan pandangan
Kerana mata yang tak dijaga dan digunakan untuk maksiat
Di kubur nanti
Adalah yang mula-mula dikerjakan oleh shuja'ulAqra
Kemudia bila dibangkitkan di padang masyhar nanti
Mata itu akan menjadi buta


Jagalah mulutmu dari ghibah..
Kerana betapa busuknya ghibah itu
Sehingga seluruh lautan akan kotor

Janganlah sesekali berdusta!!
Kerana itu seumpama membungkus racun dalam gula-gula
Manisnya hanya ketika dusta ..
Tetapi akhirnya kau akan dibenci oleh manusia..
Se kali kau berdusta..malaikat akan lari darimu 100 batu

Oleh itu isteriku..
Jangan kau sia-siakan hidupmu..
Masa luangmu.. kajilah sunnah nabimu
Dan usahalah mencontohi kehidupan sahabiyah R.ha
Siang mereka.. jadikanlah siang mu..
Malam mereka….jadikanlah malam mu..
insyAllah.. keredhoan Allah keatas mereka
juga akan datang kepadamu

“orang-orang terdahuludari kalangan Muhajirin dan Ansor,serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan,merekalah orang yang Allah S.W.T Redho kepada mereka dan mereka redha kepada Allah S.W.T”
(surah At-taubah 100)

Apa yang kamu dapat dari ilmu dunia
Hendaknya berasa cukup…
Janganlah ada keinginan untuk mendapat lebih lagi
Ini akan menyebabkan kamu mencintainya

Aku bangga
Kalau ada orang betanya kepadamu:
“di manakah tempat membeli belah yang terhebat di Bandar ini?”
Lantas kamu menjawab: “tak tahu..”
Aku bangga dengan jawapanmu itu..

Ketahuilah..
Bahawa para sahabiyah R.ha..
Mereka tak hafal jalan di kampung mereka sendiri
Tetapi..
Mereka hafal jalan-jalan menuju ke syurga
Kerana itulah…Mereka telah menunjukkan arah kepada suami dan
Anak-anak mereka kepada jalan yang lurus menuju ke syurga

teriakan mereka…
menjadikan Amar Bin Jamooh yang tempang
menjadi mahsyur di langit
ini adalah kerana teriakkan dari isterinya:
“pergilah suamiku..anak-anak kita sudah mendahuluimu..
Adakah kau pengecut?.. sedangkan anak-anakmu
Sudahmu berada di barisan hadapan…”

Di sebabkan suara wanita-wanita beginilah
Menyebatkan ramai lelaki-lelaki telah menjadi
raja-raja dalam syurga

isteriku.. walaupun kaum hawa lemah
tetapi teriakan mereka mampu mengubah dunia
berapa ramai yang terperangkap dengan penjara dunia
kerana teriakan wanita:
“suamiku,, aku mahu rumah besar!!
Aku ingin baju yang mahal….
Aku ingin makan yang enak-enak
Aku ingin.. aku ingin..

Sehingga oleh teriakan begini
Lelaki-lelaki telah hilang waras nya
Lalu mereka terus memenuhi kehendak isteri
Tanpa melihat haram atau halal
Berapa ramai lelaki yang jatuh
dalam jurang lam-lam dan ghoiya
iaitu jurang-jurang neraka
hatta.. Bal’am bin burra (seorang wali besar)
pun salah seorang dari penghuni nya


isteriku!!
Hiduplah dengan sederhana
Kerana kesederhanaan adalah baja kepada agama
Agama akan subur dengan hidup sederhana
Dan Allah S.W.T juga akan sentiasa memerhatikan hambanya
Yang ada dalam kesederhanaan

Hidupkanlah rumah kita dengan majlis-majlis ta’alim
Nescaya malaikat akan menjadi tetamu di rumah kita
Mereka akan mewujudkan suasana ketaatan
Sehingga sifat itu akan menular kepada anak-anak kita

Dengan hidupnya majlis ta’alim
Walaupun rumah kita kosong dari harta benda
Namun penghuni langit akan melihat rumah kita bercahaya
sebagaimana kita melihat bintang-bintang dari bumi

ketahuilah!!..
bahwa hakikat hidup di dunia ini adalah Ruh..bukan jasad..
saat kematian saudara atau keluarga kita
kenapa kita menangis?...
sedangkan jasadnya masih ada dihadapan kita
ini kerana.. ruhnya sudah tiada lagi..
ruh ibarat penunggang seekor kuda
sedangkan jasad adalah kuda tunggangannya

Aku titipkan kepadamu anak-anak kita
Didiklah dengan agama yang benar!!
Jika mereka meminta sesuatu pada mu,katakalah kepada mereka:
“anakku!.. mintalah hajatmu kepada Allah S.W.T
Kerana,.. ia bukan sahaja memberi di dunia.. tetapi di Akhirat
juga kau akan dapat..”

aku ingin ceritakan kepadamu tentang cerita ummu sulaim R,ha
bagaimana ia mendidik putera nya denga kejujuran
saat itu Anas bin malik pulang kerumah agak lewat
maka ibunya bertanya:, “kamu dari mana?..”
Jawab Anas R.A : “dari tunaikan hajat Rasulullah S.A.W”
Tanya ibunya lagi: “hajat apa?”
Anas R.A menjawab; “ walaupun engkau ibuku,aku takan
menceritakan rahsia Rasulullah S.A.W”..

Lantas Ummu Sulaim R.Aha katakan:
“anakku,..simpanlah rahsia Rasulullah S.A.W..janganlah kau
Menceritakan kepada sesiapa pun,,”

Aku ingin khabarkan padamu tentang Ummu Ammarah R.ha
Tatkala puteranya,..Abdullah bin Zaid R.A telah di syahidkan
Dengan badannya di potong-potong oleh Musailamah Al-kazzab
Maka datanglah penduduk madinah berbondong-bondong
Kerumahnya untuk mengucapkan Takziah atas kematian anaknya tetapi apakah yang di ucapkan oleh sahabiyah itu:
“untuk apakah kamu ucapkan takziah kepadaku..sepatutnya kamu
Ucapkan Tahniah..”
Orang ramai bertanya: “kenapa??..”
Beliau berkata bahawa:
“ketika pertama kali mulut anakku menempel di puting
Susu dada ku..
Aku telah niatkan bahawa anakku ini ku serahkan untuk Allah
Dan kini niatku telah makbulkan oleh Allah S.W.T
Dari itu sekarang aku rasa sangat bahagia”

Isteriku pandanglah !!
Wajah anak kita ketika tidur
Perhatikanlah bibirnya..sama seperti bibirmu
Lentik bulu matanya sama seperti matamu
Pipi mereka lesung seperti pipimu
Apakah kamu tidak sedar
Jika kamu gagal membawa mereka kepada kesolehan
Maka api neraka akan menjilat tubuh mereka..

Waktumu hanya sekali..
Inilah saat untuk kau beri pengorbanan untuk mereka
Inilah masanya kau berpeluh,bersusah payah untu mereka

Maulana umar palampuri Rah. Telah jadi ulama besar
kerana kisah para nabi yang di bacakan oleh ibunya sewaktu ia kecil
waktu ibunya nazak, dalam sakaratulmaut
ketika itu beliau sedang khuruj fi sabilillah
orang bertanya mahukah kami panggil maulana Umar pulang?
Ibunya melarang..
“Kerana aku melihat rahmat turun mencurah-curah kerana amal
Anaku di jalan Allah”

Isteriku!!...
Tidak ada nabi dari kaum hawa
Tetapi seluruh nabi-nabi keluar dari rahim ibu-ibu mereka
Tanah yang subur akan keluarkan tanaman yang baik
Tanah yang gersang biasanya ditumbuhi pohon berduri

Wanita yang buruk,..walaupun dia isteri seorang nabi sekalipun
Akan melahirkan anak yang ingkar..
Lihatlah kepada isteri nabi Nuh A.S..
Yang melahirkan Kanaan yang ingkar kepada keimanan bapanya
Bahkan melahirkan bibit kekafiran sampai hari kiamat..

Tetapi.. wanita yang sanggup buat pengorbanan
Bersusah payah untuk Allah S.W.T
Dia akan melahirkan orang-orang yang taat dan soleh
Lihatlah!!..
Hajar A.S.. Siti Sarrah A.S…Maryam A.S
Bahkan ketika isra’ mi’raj nabi S.A.W telah mencium bau harum
Datang dari pusara Masyitah A.S Seorang Wanita yang mengorbankan seluruh keluarganya untuk Allah S.W.T

Aku menyadari bahawa..
Aku bukanlah Ali bin Abi Tholib R.A
Dan engkau pun bukanlah Fatimah R.Aha
Iman kita masing-masing lemah
Sehingga kita harus tetap berusaha atas iman
Sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabah dan sahabiah

Bantulah aku untuk menempuh jalan Dakwah ini
Jalan yang mana sekalipun orang buta melaluinya
Nescaya InsyaAllah ia akan sampai kearah tujuan sebenar

Janganlah bebani aku dengan perkara-perkara dunia
Yang tak mampu aku sediakan untukmu
Agar aku bisa istiqomah dalam kerja nubuwah ini.

Isteri ku!!
Aku mencintaimu..
Tapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu..
Maafkan aku..

Hanya aku berharap
Aku dapat mecium harum nafasmu didalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan..
Memelukmu,..tak akan ku lepaskan lagi…

Ya Allah…
anugerahkanlah kami…
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah isteriku walaupun dia dalam kesunyian…
Samaada dengan adanya Asbab atau tanpa asbab disisinya..

Bersihkanlah hati isteriku..
Dari kecintaan terhadap dunia
Agar mudah baginya melafazkan namamu
Disaat hari terakhir kehidupannya didunia ini

Perpisahan kami di dunia ini
Dalam memperjuangankan agamamu
Jadikanlah asbab kau satukan kami
dalam keluarga sebenar di jannah

jadikanlah kesedihan dan kerinduan kami
sebagai asbab kau ampunkan dosa-dosa kami..

jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
engkau redho kepada kami dan jadikanlah ia
asbab hidayat untuk seluruh ummat di seluruh alam

Amin..Amin..ya rabbul Alamin….

4 OranG LeLaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Sekadar perkongsian dari saya,semoga kita sama2 mendapat manfaatnya.Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul!

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung-jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangung-jawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATA..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

RinDU =_=


Syukur kpd Allah swt,hari ini telah masuk hari ke 3 saya menyambut Ramadhan di negeri utara tmpat perjuangan ku brsama2 kwn2 sefikrah...Alhamdulillah segala puji hanya
utk Penciptaku yg Maha Agung Allah swt, selawat dan salam buat pemimpin yg amat ku rindui,sumber segala cahaya yg menyuluh hati2 dn jiwa2 yg bersih dia lah baginda Rasulullah saw..
tidak lupa juga ku hadiahkan al-fatehah buat insan yg bnyak mnabur jasa kpdku mursyidku,umi dan abi ku serta guru2ku...Sebenarnya malam ni terasa hati ini begitu rindu...sukar utk ku ungkapkan,hanya Allah sahaja yg tau betapa saya amat merindui mereka...

Wahai Tuhan yg Maha Baik ubati lah rindu d hati ini...rindu kpd Tuhan yg Maha Pengasih,rindu kpd pemimpin agung,rindu kpd umi,abi dn kluargaku,rindu juga pd kwn2 ku...Rindu ini sukar diungkapkan dgn kata2..hanya mereka yg merasainya shj dpt memahaminya..


Tiba2 teringat ketika zaman kanak2 rebina ku,rindunyaa..dengan zaman itu.Ketika zaman kanak2 ku,terasa 1 hari berpuasa begitu lama utk smpai waktu berbuka.Tapi saya seronok berpuasa ketika zaman itu.Abi melatih saya dan adik beradik utk berpuasa penuh.
Siapa yg antara kami yg berpuasa penuh sebulan akn d beri hadiah RM15 seorang.Budak mane yg x nk duitkan,so saya dan adik beradik yg len berusaha jugak hbiskan puasa sebulan.Inilah didikan umi dan abi terapkan kpd ku sedari saya kanak2.
Biasanya petang2 umi akn siapkan juadah utk berbuka maka saya adlah antara budak yg suka menyibuk kt dapur tengok umi masak...hehe..Waktu tu umi selalu ckp angah nnt dah besar jgn
malas2 masak,tengok ni umi masak mcm mana.Kadang2 umi beri peluang utk saya masak sekali.Biasanya saya akan tolong umi buat kuih...paling best buat kuih gula melaka dan kuih cara...senang jer..hehe..^_^
Zaman dulu,mse sy kecik2 amalan bersedekah or brtukar2 juadah antara jiran msh di amalkan.Zaman sekarang mungkin masih ada tp dah agak berkurang.Kalau dikenang kembali saya akan tersenyum sendiri.Biasanya mase tu,umi akan masak makanan lebih utk diberi kpd jiran so saya lah yg ne p hantaq.Dulu saya memang pemalu,kadang2 smpai gaduh dengan adik suh dia p hantaq mknn kt rumah jiran..huhu...pemalu x brtempat kn..InsyaAllah sekarang pemalu ku sudah brtempat..hehe..
Haa..klu waktu nk berbuka plak memang kelakar bila ingat semula.Saya ada 7 beradik,biasanya smentara menunggu waktu azan kami akn 'cop' kerusi makan n letak pinggan awal2.Perangai ku agak busuk ketika itu,biasanya bila dh 'cop' tmpat duduk saya akn isikan nasi awl2 brsme kuah .Maka ble tiba wktu brbuka nasi sudah kembang.Mula lah nak muntah...heee..sikap yg x patut d contohi.Hurmm..ini lah kenangan yg dpt saya kongsikan..Bila dh duk jauh macam ni mcm2 memory lama2 kluaq.Rindu pd keluargaku...u_U Terima kasih kpd Allah yg msh mmberi kesempatan kpd saya untuk bertemu dengan Ramadhan pd tahun ini.


Kerinduan ini juga pd teman2 ku ketika di alam persekolahan.Sempat jugak saya berpuasa bersama mereka masa tu kami nak ambil exam SPM.
Mase tu memang sangat menguji kesabaran,yela kami imtihan ketika perut tgh kosong.Tapi alhamdulillah saya dan mreka berjaya menghadapinya dengan kesabaran..mungkin kberkatan bulan Ramadhan jugak kmi berempat brjaya dlm SPM..syukur..Mase zaman sekolah dulu,saya memang rapat dengan mereka.Kami selalu 4 orang.Sekarang kami bwk haluan masing2.Kadang2 ble cuti semester kami akn bertemu melepaskan rindu.Banyak perubahan yg brlaku...Alhamdulillah persahabatan ini msh seperti dulu.Kemesraan yg x pernah berkurang...rindu pd kalian..n_n


Sebenarnya malam ni x tau nak tulis apa...cuma nk luahkan apa yg saya rase di hati...heee...Ya Allah smpaikan lah salam rindu ini kpd mereka...=_=

Tuesday, August 10

RAMADHAN, BULAN OVERHAUL HATI

Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali

di mana kekuatannya dan kelemahannya

Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah

dan bagaimana menyuburkan yang kuat

Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka,

dan di mana kejahatan mereka

Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat

Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat

Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan

Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan

berbagai-bagai ajaran dan cabaran

Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja,

berhadapan dengan kerenah manusia

Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak,

kemalangan yang tidak disangka,

melihat, mendengar perkara yang merosakkan

Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini

memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang

Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan

jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan

Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka,

bahkan bertambah kuat dengan Tuhan

Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya

Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan

Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan

Kerosakan manusia setahun hanya sebulan

Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan

Seperti kereta yang sudah lama dipakai,

banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul

Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta

yang perjalanannya sudah tidak berapa betul

Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya,

sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan

Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan

di antara satu sama lain kuat-menguatkan

Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh,

disusul dengan membaca Al Quran

Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan,

zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur

digalakkan bersedekah dan pemurah,

perbualan yang menambah kesedaran

Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu

menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan

Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa,

didikan sembahyang

Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya

Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,

memaksa membuat yang disuruh,

memaksa meninggalkan larangan

Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan

Mujahadah ertinya memaksa, terseksa,

membencikan, menjemukan, meletihkan

Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan,

atau buat tanpa kesungguhan

Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,

Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa,

sembahyang yang dapat dihayati,

didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai

Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan

dan menajamkan rasa bertuhan

Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira,

ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan

Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba,

rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan

Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah

menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa,

meneguhkan keyakinan

Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat

Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan

daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan

Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa

Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan

mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya

Lahirlah manusia yang luar biasa,

iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan

Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang,

bertimbang rasa, pemurah, kerjasama

Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental

Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi

Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad,

dendam, gila puji, gila nama, mati

Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan

Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi

Orang ini sahajalah yang layak berhari raya

Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya,

hari raya namanya

Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni

Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,

Ramadhan yang akan datang

hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul

Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal,

sedikit sangat yang berjaya

Terima kasih kpd hamba Allah yg mmbenarkan ana copy artikel d atas utk d kongsi..syukran jazilan.

source by:ASZ,25.11.2002, al-Fatehah