kupu2 Pictures, Images and Photos

Friday, August 13

UNtuKmu..


Alhamdulillah...Allah masih mngurniakan nikmat sihat kepada ku untuk terus mengabdikan diri kepada Nya dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa di siang hari.Selawat dan salam buat baginda yang amat saya rindui Rasulullah saw...InsyaAllah ada sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama anda.InsyaAllah saya mendapat sumber ini dari blog seorang sahabat.Semoga kita sama2 dapat manfaatnya...n_n


Hari ini aku pergi,.. Meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak-anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh kenangan…

Hari ini aku pergi,..
Untuk menyukakan hati seorang yang telah mengorbankan
Seluruh hidupnya demi kebahagiaan kita hari ini..
Sehingga kamu dan aku dipertemukan dalam keadaan islam

Hari ini aku pergi,..
Untuk merawati lukanya..
Sayyidul Anbiya. MUHAMMAD S.A,W
Kerana lautan maksiat yang dilakukan oleh…
Ribuan orang yang mengaku dirinya Ummat.

Justeru itu… wahai isteriku!!
Aku harus melangkah meninggalkanmu..
Untuk datang kepada Dzat yang memiliki hatimu
Hingga berseminya cinta antara kita..

Aku harus tinggalkan kamu..
Bukanlah kerana aku tak menyayangimu,
Tatapi ketahuilah.. ada mata yang tak pernah mengantuk
sedang mengawasi cinta kita
Nanti ada tangan yang akan pukul kita
Seandainya cinta kita melebihi cinta kepadanya.

Jika Esok..
Engkau bangun dari tidurmu,..
Aku tiada di sisimu lagi,
Maka…Teruslah bertasbih!!
“Alhamdulillah!!…”

Kerana apa?
Tatkala Ummul Mukminin Hazrat Aishah R.ha
Merasai aman,senang hidup bersama kekasih Allah S.W.T
Maka Rasulullah S.A.W sabdakan kepadanya:
“Bahawasanya orang yang paling bahagia adalah
wanita yang suaminya keluar di jalan Allah S.W.T,
Kerana….
Dia bukan hidup dengan kekasih Allah S.W.T,
Tetapi dia hidup bersama Allah S.W.T!!!”

Jika Esok..
Kamu lihat kamar kita sepi.
Tiada gurau senda seperti hari sebelumya…
Bayangkanlah olehmu keadaan rumah-rumah Sahabiah!!
Suami mereka sering keluar membawa pedang,
kadang-kadang tiada Khabar,
cuma yang ada hanya kubur..
tetapi apa yang mereka katakan:
“Biarlah rumah kami ini sepi,
Asalkan rumah-rumah di seluruh Alam penuh dengan cahaya iman”

Jika esok.... Tiada lagi tangan yang menyuap makanan kemulutmu
Seperti yang biasa ku lakukan terhadapmu..
Engkau yakinlah wahai Isteriku,..
Bahawa Allah akan memberi suapan kepadamu
70 hidangan yang mana setiap hidangan memiliki 70 rasa
Di dalam jannah,yang takan jadi buangan yang jijik
Bahkan..
Ia akan mengeluarkan keringat melebihi harum kasturi

Jika Esok…
Musibah,ujian dan sejuta kesusahan datang
kepadamu tanpa aku disisimu,
segeralah lihat hatimu!!
Kemanakah kamu berlari?
Saat itu Allah S.W.T ingin lihat Hatimu
Yang mana selama ini bergantung kepadaku.
Segeralah kau berwudhu, dirikanlah Solah..!!!
Adukanlah urusanmu kepada Robb mu.
Nescaya dia akan membahagiakanmu di dunia yang sementara ini
Bahkan dalam kehidupan Akhirat yang kekal selamanya.

Jika saat itu…
Kau cari pertolongan pada kebendaan
Nescaya kegagalan telah menanti dalam hidupmu
Kamu akan derita selamanya..
Ketahuilah!!...
“masalah selesai atau masalah tidak selesai bukanlah maksud,
Tetapi sejauhmana kebergantungan kamu kepada Allah S.W.T
Itulah akan memberi kejayaan kepadamu”


Dalam kesenangan ada penderitaan..
Dan kesudahan dari penderitaan itu tersembunyinya
Kebahagiaan…
Sama ada kamu berada dalam kesenangan atau kesusahan
Tetaplah mengingati Allah S.W.T..
Jangan kamu bangga seandainya kamu memiliki seluruh dunia
Tetapi kamu kehilangan Allah S.W.T,maka itulah kerugian yang besar




Sekalipun kau berhasil menjaring Jibril A.S
dengan jaring yang Kau buat
dan kau bisa memerintah sekehendak hatimu
itupun bukanlah kejayaan
seandainya hari-harimu kehilangan Allah S.W.T
“orang yang kehilangan Allah S.W.T yakinlah bahawa ia kehilangan segalanya”

Jika Esok…
Kau terpandang rumah jiran kita
Suara tawa,keceriaan terdengar dari sudut rumah itu
Kerana suami mereka sentiasa ada di rumah
Tidak keluar khuruj di jalan Allah seperti aku
Janganlah hendaknya kamu mencemburui mereka..
Bahkan seharusnya kamu kasihan kepada mereka kerana
Mereka sedang membina tangisan dan permusuhan yang hebat
Di rumah mereka sendiri.,


Ketahuilah!!!
Bahawa setiap orang yang membangun rumahnya di dunia
Sebenarnya…
Telah membangun tempat untuk menangis
Di rumah itu akan datang malaikat maut
Mencabut satu persatu nyawa ahli rumah itu
Tanpa ada belas kasihan

Ketahuilah isteriku!!... Setiap amal seorang suami merupakan tabungan buat isterinya
Bayangkan olehmu..
bagaimana jika seorang suami hanya menyibukan diri mencari duit
tanpa memikirkan tabungan akhirat…
adakah buku amal mu akan bertambah?

Oleh itu isteriku…
Aku akan pergi jauh melewati batas negeri
Adalah kerana untuk membina mahligai untuk kita..
Yang penuh dengan pesta-pesta besar di dalamnya

Bagaimana pendapatmu…
Sekiranya seorang ayah meruntuhkan rumahnya
Untuk membina sebuah rumah yang lebih besar dan selesa..
Adakah isteri dan anak-anaknya akan marah?
Tidak… pastinya tidak!!
Bahkan,, mereka akan bertambah sayang padanya.

Isteriku..
Terlihat aku seolah-olah telah menghancurkan rumahtangga kita
Tetapi sebenarnya..
Aku sedang membangun sebuah mahligai sebagai ganti
Rumah kita,..lebih indah!!.. luas!!. Selesa!!...
Yang di bina dari kepingan emas yang jernih seperti kaca.
Sehingga kau bisa melihat aku di mana sahaja di sudut rumah itu.

Kamu akan bersiar-siar di laman rumah itu..
Memetik bunga dan buah yang tak pernah wujud di dunia ini
Ingatlah!! Kalau dihimpunkan seluruh kenikmatan dalam dunia ini
Tiada setandingnya

Lihatlah!!..
apa yang kau kecapi dalam dunia ini…
ketika kau makan buah.. kau terganggu dengan bijinya
ketika kau memetik bunga yang cantik.. jarimu luka kerana durinya
ketika kau berjalan di taman.. ada batu kelikir yang menusuk..

lihatlah ahli Dunia…
bila tugasnya belum selesai…
dia tak akan nyeyak dalam tidurnya
dia tak akan enak dalam makananya..

aku juga demikian..
bagaimana aku harus tenang…
sedang iman kamu dan anak-anak kita belum sempurna
aku takut nanti.. hari dimana bumi akan dibelah
kemudian isi dadanya akan dikeluarkan,
ketika itu Allah berfirman:-
“iman kamu tertolak!!!”

Walaupun kita sudah berhaji,
Bahkan berjuta kebaikan telah dilakukan,
Tiba-tiba!!
Iman kita tertolak.. kerana setitis syirik dalam hati.

Seperti juga seekor ayam..
Ia tak akan masuk ke kandang yang berisi musang..
Allah S.W.T tak ingin di hati hambanya
Ada najis dunia yang mengotori

Ketahuilah!!
Dunia ini bangkai Dan yang mengejarnya adalah Anjing!!..

Itu sebabnya wahai isteriku..
aku harus pergi ke jalan Allah untuk bersihkan hatiku
Membuang segala cinta dunia


Ketahuilah!!..
Kita orang mukmin..
Kita sedang berpuasa dalam hidup ini
Dan kematian adalah hari raya bagi kita
Bahkan orang-orang kafir..
Hidup ini adalah syurga mereka..
Dan kematian adalah puasa buat mereka selamanya..
Mahukah kamu seperti mereka??!!..

Aku tinggalkan kamu
Untuk merubah hari kematian yang menyedihkan..
Menjadi satu hari yang paling indah...
Sebagaimana para kekesih Allah S.W.T
Yang melalui hari itu dengan senyuman..

Ingatlah !!
Maut adalah kenderaan setiap insan menuju kepada Allah S.W.T
Pada saat itu,.. bekalan yang perlu bukan harta atau takhta,
Tetapi iman dan amal soleh..
Sedangkan jalan untuk menyempurnakan iman
adalah dengan korbankan diri dan harta di jalan Allah

percayalah!!..
walaupun zahirnya aku yang maju kehadapan musuh
tetapi… kamulah yang terlebih dahulu di bukakan pintu syuga
oleh Ridwan A.S
kamu akan di andam 500 tahun di depan cermin emas
bahkan kamu akan ditabal menjadi ratu kepada
70 000 para bidadari dan malaikat

Tahukah kamu!!
Bahawa kecantikan bidadari 70 000 kali ganda daripada
Wanita tecantik yang pernah wujud di dunia ini
Sedangkan kecantikanmu adalah 70 kaliganda melebihi
Kecantikan bidadari… subhanAllah!!...
Bagaimana mungkin aku bisa asyik dengan selain darimu?

Hari pertama kita nanti..
Pada pertemuan yang abadi Tiada perpisahan lagi…
Tertawa terus.. tiada tangisan lagi
Sihat teruss.. tiada sakit lagi…
Kaya terus tiada kerisauan akan jatuh miskin..

Saat itu… Kamu sangat mengagumkan ku…
Aku terpaku melihat mu.. 40 tahun…
Bibirku cuba bertanya.. “siapakah kamu?”
Lantas kamu senyum.
Seandainya dalam syurga ada kematian..
Maka kerana senyum mu itu pasti membuat aku mati..

Tidurnya kita pada malam itu..
Laksana pengantin baru di malam pertama..
Malam itu berlalu lamanya 40 tahun..
Dengan tenaga seratus kali yang kita lakukan di dunia dahulu
Allahu.. Qabul Fharmae…

Itulah sebabnya…
Kamu jagan tertipu dengan wanita-wanita dunia..
Kata seorang Ahlullah (hazrat Malik bin Dinar):-
“nilai seorang wanita tercantik dalam dunia ini
Adalah tidak melebihi Dari nilai dua biji kurma sahaja”

Bila mereka itu tak jumpa air beberapa hari
Badan dan rambut mereka akan keluarkan bau yang tak sedap
Maafkan aku,
Kerana aku tak pernah membawamu pergi ke pusat kecantikan
Seperti mereka itu..
Kerana aku sedar tipu daya mereka…
Baju yang kamu pakai pun tak sehebat mereka..
Itupun dari kain yang kasar..
tak selembut sutera yang mereka pakai
bahkan hanya warna yang hitam
menutup wajah manismu…
ketahuilah pakaianmu itu lebih berharga dari seisi dunia

Tidakkah kamu tahu
apakah yang dipakai oleh Raja dunia dan akhirat?
Iaitu para Ummul Mukminin..
Para isteri rasulullah S.A.W kekasih Allah S.W.T

Jangan terpesona dengan perhiasan ahli dunia
Gelang yang mereka pakai untuk perhatian orang lain..
Gelang itu akan dipanaskan..
Kenudian akan ditempelkan ke punggung mereka
Gincu yang mereka pakai menutupi ketuaan mereka
Akan menarik bibir mereka sampai keperut
Rambut mereka yang terjaga rapi untuk di pamerkan Di dunia ini..
Nanti akan disimpul dan diikat menjadi tali gantung
Sedang di bawah,api neraka yang menyala

Tahukah engkau wahai isteriku
Bahawa sehelai rambut wanita yang tampak
Akan disiksa seratus tahun dalam neraka

Hari itu…
Tiada lagi siulan mengagumi mereka
Tiada lagi mata yang mahu menatap mereka
Bahkan..
Tiada seorang suamipun yang mengaku meraka sebagai isteri
Tiada seorang anak pun yang mengaku mereka sebagai ibu

Mereka akan teriak!! Aduh!!.. alangkah baiknya dulu aku berhijab…
Aku telah terfitnah.. bahkan aku telah menyebarkan fitnah.
Aku nampakkan betisku di depan pasar-pasar
Aku hias wajahku di pejabat-pejabat
Aku dengarkan suaraku dikalangan orang ramai
Bahkan aku balas jelingan lelaki yang melihatku
Tanpa segan silu aku melayani percakapan lelaki lain
Selain suami dan muhrimku
Ku biarkan lelaki lain menghidu wangian yang ku pakai

ya Allah!! Ampunkan aku!!..
saat itu mereka bertempik.. “lapar…!!!”
maka dihidangkan mereka zaqquum..
buah yang berduri sebesar kepala syaitan…
mereka terus menelan sehingga sangkut dileher..
Kemudian mereka berteriak Haauusssss!!!...
Maka di berikan Ghisliin…
Cairan nanah bercampur darah yang menggelegak..
Dahsyat benar hausnya..
sehingga terus meneguknya
maka bukan zaqum yang turun ke perut..
tetapi semua isi perut mereka terburai melalui dubur..

“nauzubillahimin zalik”
“ya Allah lindungilah kami daripadanya”

Aku pernah dengar
Ada seorang kaya yang berpakaian mahal…
Ia hadir di satu pesta
Tetapi ia tetap tak bahagia…
Matanya asyik pandang kepada orang sekelilingnya
Hatinya risau…
Takut-takut ada orang lain yang memakai baju lebih mahal darinya

Jika kamu istiqomah memakai purdah
Maka di akhirat Allah sendiri akan menjemputmu
Untuk menghadiri pesta nabi nabi di dalam syurga

Jika telingamu dapat menolak
Muzik-muzik di dunia ini..
Di akhirat nanti kamu akan didengarkan suara Nabi Daud A.S
Membaca kitab Dzabuur..
Dimana sungai pun akan berhenti mengalir untuk mendengar
Kemerduan suaranya..
Kemudian Kau akan dengar
Baginda S.A.W nabi kita akan membacakan surah Yasin dan Thoha
Dan kemuncak kebahagian seluruh penghuni Jannah ialah
Ketika melihat wajah Allah S.W.T ketika itu
Dia sendiri akan memperdengarkan Firman nya “Surah Ar-Rahman”

Itulah sebabnya aku sering menasihatimu
Agar kau menundukan pandangan
Kerana mata yang tak dijaga dan digunakan untuk maksiat
Di kubur nanti
Adalah yang mula-mula dikerjakan oleh shuja'ulAqra
Kemudia bila dibangkitkan di padang masyhar nanti
Mata itu akan menjadi buta


Jagalah mulutmu dari ghibah..
Kerana betapa busuknya ghibah itu
Sehingga seluruh lautan akan kotor

Janganlah sesekali berdusta!!
Kerana itu seumpama membungkus racun dalam gula-gula
Manisnya hanya ketika dusta ..
Tetapi akhirnya kau akan dibenci oleh manusia..
Se kali kau berdusta..malaikat akan lari darimu 100 batu

Oleh itu isteriku..
Jangan kau sia-siakan hidupmu..
Masa luangmu.. kajilah sunnah nabimu
Dan usahalah mencontohi kehidupan sahabiyah R.ha
Siang mereka.. jadikanlah siang mu..
Malam mereka….jadikanlah malam mu..
insyAllah.. keredhoan Allah keatas mereka
juga akan datang kepadamu

“orang-orang terdahuludari kalangan Muhajirin dan Ansor,serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan,merekalah orang yang Allah S.W.T Redho kepada mereka dan mereka redha kepada Allah S.W.T”
(surah At-taubah 100)

Apa yang kamu dapat dari ilmu dunia
Hendaknya berasa cukup…
Janganlah ada keinginan untuk mendapat lebih lagi
Ini akan menyebabkan kamu mencintainya

Aku bangga
Kalau ada orang betanya kepadamu:
“di manakah tempat membeli belah yang terhebat di Bandar ini?”
Lantas kamu menjawab: “tak tahu..”
Aku bangga dengan jawapanmu itu..

Ketahuilah..
Bahawa para sahabiyah R.ha..
Mereka tak hafal jalan di kampung mereka sendiri
Tetapi..
Mereka hafal jalan-jalan menuju ke syurga
Kerana itulah…Mereka telah menunjukkan arah kepada suami dan
Anak-anak mereka kepada jalan yang lurus menuju ke syurga

teriakan mereka…
menjadikan Amar Bin Jamooh yang tempang
menjadi mahsyur di langit
ini adalah kerana teriakkan dari isterinya:
“pergilah suamiku..anak-anak kita sudah mendahuluimu..
Adakah kau pengecut?.. sedangkan anak-anakmu
Sudahmu berada di barisan hadapan…”

Di sebabkan suara wanita-wanita beginilah
Menyebatkan ramai lelaki-lelaki telah menjadi
raja-raja dalam syurga

isteriku.. walaupun kaum hawa lemah
tetapi teriakan mereka mampu mengubah dunia
berapa ramai yang terperangkap dengan penjara dunia
kerana teriakan wanita:
“suamiku,, aku mahu rumah besar!!
Aku ingin baju yang mahal….
Aku ingin makan yang enak-enak
Aku ingin.. aku ingin..

Sehingga oleh teriakan begini
Lelaki-lelaki telah hilang waras nya
Lalu mereka terus memenuhi kehendak isteri
Tanpa melihat haram atau halal
Berapa ramai lelaki yang jatuh
dalam jurang lam-lam dan ghoiya
iaitu jurang-jurang neraka
hatta.. Bal’am bin burra (seorang wali besar)
pun salah seorang dari penghuni nya


isteriku!!
Hiduplah dengan sederhana
Kerana kesederhanaan adalah baja kepada agama
Agama akan subur dengan hidup sederhana
Dan Allah S.W.T juga akan sentiasa memerhatikan hambanya
Yang ada dalam kesederhanaan

Hidupkanlah rumah kita dengan majlis-majlis ta’alim
Nescaya malaikat akan menjadi tetamu di rumah kita
Mereka akan mewujudkan suasana ketaatan
Sehingga sifat itu akan menular kepada anak-anak kita

Dengan hidupnya majlis ta’alim
Walaupun rumah kita kosong dari harta benda
Namun penghuni langit akan melihat rumah kita bercahaya
sebagaimana kita melihat bintang-bintang dari bumi

ketahuilah!!..
bahwa hakikat hidup di dunia ini adalah Ruh..bukan jasad..
saat kematian saudara atau keluarga kita
kenapa kita menangis?...
sedangkan jasadnya masih ada dihadapan kita
ini kerana.. ruhnya sudah tiada lagi..
ruh ibarat penunggang seekor kuda
sedangkan jasad adalah kuda tunggangannya

Aku titipkan kepadamu anak-anak kita
Didiklah dengan agama yang benar!!
Jika mereka meminta sesuatu pada mu,katakalah kepada mereka:
“anakku!.. mintalah hajatmu kepada Allah S.W.T
Kerana,.. ia bukan sahaja memberi di dunia.. tetapi di Akhirat
juga kau akan dapat..”

aku ingin ceritakan kepadamu tentang cerita ummu sulaim R,ha
bagaimana ia mendidik putera nya denga kejujuran
saat itu Anas bin malik pulang kerumah agak lewat
maka ibunya bertanya:, “kamu dari mana?..”
Jawab Anas R.A : “dari tunaikan hajat Rasulullah S.A.W”
Tanya ibunya lagi: “hajat apa?”
Anas R.A menjawab; “ walaupun engkau ibuku,aku takan
menceritakan rahsia Rasulullah S.A.W”..

Lantas Ummu Sulaim R.Aha katakan:
“anakku,..simpanlah rahsia Rasulullah S.A.W..janganlah kau
Menceritakan kepada sesiapa pun,,”

Aku ingin khabarkan padamu tentang Ummu Ammarah R.ha
Tatkala puteranya,..Abdullah bin Zaid R.A telah di syahidkan
Dengan badannya di potong-potong oleh Musailamah Al-kazzab
Maka datanglah penduduk madinah berbondong-bondong
Kerumahnya untuk mengucapkan Takziah atas kematian anaknya tetapi apakah yang di ucapkan oleh sahabiyah itu:
“untuk apakah kamu ucapkan takziah kepadaku..sepatutnya kamu
Ucapkan Tahniah..”
Orang ramai bertanya: “kenapa??..”
Beliau berkata bahawa:
“ketika pertama kali mulut anakku menempel di puting
Susu dada ku..
Aku telah niatkan bahawa anakku ini ku serahkan untuk Allah
Dan kini niatku telah makbulkan oleh Allah S.W.T
Dari itu sekarang aku rasa sangat bahagia”

Isteriku pandanglah !!
Wajah anak kita ketika tidur
Perhatikanlah bibirnya..sama seperti bibirmu
Lentik bulu matanya sama seperti matamu
Pipi mereka lesung seperti pipimu
Apakah kamu tidak sedar
Jika kamu gagal membawa mereka kepada kesolehan
Maka api neraka akan menjilat tubuh mereka..

Waktumu hanya sekali..
Inilah saat untuk kau beri pengorbanan untuk mereka
Inilah masanya kau berpeluh,bersusah payah untu mereka

Maulana umar palampuri Rah. Telah jadi ulama besar
kerana kisah para nabi yang di bacakan oleh ibunya sewaktu ia kecil
waktu ibunya nazak, dalam sakaratulmaut
ketika itu beliau sedang khuruj fi sabilillah
orang bertanya mahukah kami panggil maulana Umar pulang?
Ibunya melarang..
“Kerana aku melihat rahmat turun mencurah-curah kerana amal
Anaku di jalan Allah”

Isteriku!!...
Tidak ada nabi dari kaum hawa
Tetapi seluruh nabi-nabi keluar dari rahim ibu-ibu mereka
Tanah yang subur akan keluarkan tanaman yang baik
Tanah yang gersang biasanya ditumbuhi pohon berduri

Wanita yang buruk,..walaupun dia isteri seorang nabi sekalipun
Akan melahirkan anak yang ingkar..
Lihatlah kepada isteri nabi Nuh A.S..
Yang melahirkan Kanaan yang ingkar kepada keimanan bapanya
Bahkan melahirkan bibit kekafiran sampai hari kiamat..

Tetapi.. wanita yang sanggup buat pengorbanan
Bersusah payah untuk Allah S.W.T
Dia akan melahirkan orang-orang yang taat dan soleh
Lihatlah!!..
Hajar A.S.. Siti Sarrah A.S…Maryam A.S
Bahkan ketika isra’ mi’raj nabi S.A.W telah mencium bau harum
Datang dari pusara Masyitah A.S Seorang Wanita yang mengorbankan seluruh keluarganya untuk Allah S.W.T

Aku menyadari bahawa..
Aku bukanlah Ali bin Abi Tholib R.A
Dan engkau pun bukanlah Fatimah R.Aha
Iman kita masing-masing lemah
Sehingga kita harus tetap berusaha atas iman
Sebagaimana yang dilakukan oleh para Sahabah dan sahabiah

Bantulah aku untuk menempuh jalan Dakwah ini
Jalan yang mana sekalipun orang buta melaluinya
Nescaya InsyaAllah ia akan sampai kearah tujuan sebenar

Janganlah bebani aku dengan perkara-perkara dunia
Yang tak mampu aku sediakan untukmu
Agar aku bisa istiqomah dalam kerja nubuwah ini.

Isteri ku!!
Aku mencintaimu..
Tapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu..
Maafkan aku..

Hanya aku berharap
Aku dapat mecium harum nafasmu didalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan..
Memelukmu,..tak akan ku lepaskan lagi…

Ya Allah…
anugerahkanlah kami…
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah isteriku walaupun dia dalam kesunyian…
Samaada dengan adanya Asbab atau tanpa asbab disisinya..

Bersihkanlah hati isteriku..
Dari kecintaan terhadap dunia
Agar mudah baginya melafazkan namamu
Disaat hari terakhir kehidupannya didunia ini

Perpisahan kami di dunia ini
Dalam memperjuangankan agamamu
Jadikanlah asbab kau satukan kami
dalam keluarga sebenar di jannah

jadikanlah kesedihan dan kerinduan kami
sebagai asbab kau ampunkan dosa-dosa kami..

jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
engkau redho kepada kami dan jadikanlah ia
asbab hidayat untuk seluruh ummat di seluruh alam

Amin..Amin..ya rabbul Alamin….

No comments:

Post a Comment